sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah... apa yang kita lakukan adalah usaha untuk mendapatkannya... selainnya terserah kepadanya...
TEMPAHAN ...
untuk tempahan kain batik songket/ tikar sila hubungi: 013-3642281 (Amat) @ 013-7642281 (Nani)
Wednesday, December 7, 2011
bila mata memandang...
tetibe teringat dengan khutbah yang disampaikan pada...1 Muharam 1431, yelah sempena menyambut awal Muharam 1433 walaupun semalam dah 10 Muharam tapi kira masih awal tahun lagi ape...antara intipatinya ialah berkaitan dengan pendapatan.
Saban hari setiap orang akan membincangkan mengenai pendapatan..berapa???antara perkara yang sangat ditekankan, tetapi pernahkah kita bertanya dari mana hasil pendapatan ini...bagaimana kita mendapatkannya...adakah pendapatan yang kita dapat itu benar-benar halal ataupun dari sumber yang syubhat atau lebih malang lagi dari sumber yang haram...
kalau kita bekerja makan gaji...adakah gaji yang kita terima setimpal dengan apa yang kita berikan...orang selalu merungut gaji kecil...tiada bonus dsbgnya tetapi pernahkah kita terfikir layakkah aku mendapat bonus..actually aku ingatkan diri aku k...
so jgn ade yg terasa lak...tapi kalu ada rasa gak...sah lah ada wat salah tu...haha persoalan kedua...adakah pendapatan yang besar merupakan indicator utama sesebuah kebahagiaan? Adakah gaji yang besar menyelesaikan segala masalah?? memang ada benarnya gaji yang besar memainkan peranan penting tetapi gaji yang besar bukan segala-galanya..
akhir kata periksalah sumber pendapatan kita agar apa yang menjadi darah daging kita nanti datang daripada sumber yang halal....insyaallah...salam maal hijrah...salam perubahan...
Labels:
catatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment