hehe kali ni nak wat karangan....baca deh...
Air merupakan nadi kehidupan.Semua benda hidup memerlukan air.Justeru,air menjadi keperluan yang utama kepada manusia,haiwan,dan tumbuh-tumbuhan.Tanpa air,semua benda hidup akan mati.
Kajian mendapati 70 peratus daripada badan manusia terdiri daripada air.Air diperlukan untuk melakukan kegiatan harian manusia seperti memasak,membersihkan badan dan dijadikan minuman.
Disamping itu,air begitu penting kepada para peteni untuk menyiram tanam-tanaman mereka.Ini kerana ,sayur-sayuran menjadi dumber bahan makanan penting untuk manusia.Jika tanaman tidak mendapat air yang secukupnya,besar kemungkinan proses tumbesarannya akan terbantut,pendapatan petani akan terjejas,dan golongan pengguna akan menghadapi masalah kekurangan makanan.
Tanpa air juga akan menyebabkan rakyat akan menghadapi masalah kebuluran.Contohnya seperti yang berlaku di Somalia dan Sudan yng menghadapi masalah kebuluran yang serius.
Negara-negara ini mengalami musim kemarau yang panjang.Para petani tidak dapat menjalankan kegiatan pertanian.Lantaran,kekurangan air telah mengundang masalah kekurangan makanan dan kebuluran.
No comments:
Post a Comment